Sunday, March 27, 2011

confuse nak buat pilihan ?



 warning:-ENTRY PANJANG.SILA SEDIAKAN SEMANGKUK MAGGY MASA TENGAH BACE ENTRY NI.


Lately ni semua pakat dok tanya aku pasal tempat-tempat untuk sambung belajar esp budak lepas SPM. Dan agak tak terkejut gak aku sebenarnya bila most of them tak tahu beza dan maksud-maskud istilah antara Sijil, Asasi, Matrik, Diploma, Form 6 dan Tahmidi yang ada dalam UPU tu.

First and foremost, result SPM korang sangat penting sebab sehelai kertas picisan itulah yang korang kene tunjuk bile nak apply sambung diploma,degree dan blab la bla. Tapi satu je korang kena ingat, once korang dah sambung diploma ke ,matrix ke dan segala jadah yang korang boleh sambung, tak perlu lah korang nak compare-comparekan orang sekeliling korang based on result SPM dia.

Macam aku cakap kat entry aku yang bile tah,result SPM yang korang dapat tuh dah tak melambangkan bodoh pandai korang.Aku ade je member yang result SPM die biase biase je,tup tup masuk university result die paling tinggi and dapat dean list.Nampak tak rezeki member aku ni? Yes, sebab once korang dah sambung study, it is a whole new chapter in your life and a fresh start for you.

Aku rase la dalam banyak banyak bende yang boleh apply nak sambung belajar,yang paling famous amos is Matrikulasi dengan UiTM.Semua pakat berebut-rebut nak masuk dalam dua menatang ni.Padahal takde la best mane pun.Kehkehkeh.

So, macam mana korang nak bezakan antara mereka semua?

Nah,,aku bagi some info yang boleh tolong neuron kepala otak korang buat decision.


Terima kasih Mr.Khairul untuk serba sedikit info dan ade yang aku tambah tambah based on experience aku dan orang kiri kanan depan belakang atas bawah aku.



Matrix
  1. Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
  2. Nak masuk susah (Contra)
  3. Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
  4. Subject yang compact dan pembelajaran yang laju dan high stress adalah makanan ruji di matrik. (Contra)
  5. Kurang praktikal (Contra)
  6. Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
  7. Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra) 
  8. Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)
  9. Tapi aku rase kalau korang nak buat kos account dekat matrix agak okay sebab subjek die senang nak score.
  10. Lagi satu,kalau tak bersedia jangan main gamble masuk matrik okay nanti menyesal tak sudah.

Asasi / Foundation
  1. Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
  2. Nak masuk susah (Contra)
  3. Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
  4. Kurang praktikal (Contra)
  5. Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
  6. Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
  7. Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma 
  1. Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
  2. Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
  3. Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
  4. Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
  5. Pembelajaran lebih relax. (Pro)
  6. Mungkin melekakan. (Contra)
  7. Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.
  8. Just korang akan agak rugi mase la kat diploma tapi better play safe dari hard kan ?


Tahmidi (USIM)
  1. Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya  sama macam matrikulasi dan asasi.
  2. Untuk lepasan sekolah agama or integrasi.
  3. Perlu power bahasa arab.
  4. Nak amek medic under tahmidi wajib dapat CGPA 4.00,kalau dapat CGPA 3.90 korang hanya akan dioffer untuk dentistry.

Form 6 
  1. Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
  2. Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
  3. Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak.  (Super Pro)
  4. Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
  5. STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
  6. STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
  7. STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).
  8. STPM sastera stream,art stream agak lighter subject nye dari science stream.
  9. Tak semudah yang dibayang, tak sesusah yang dikata orang.

Sijil
  1. Pra- U (Contra)
  2. Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
  3. Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
  4. Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
  5. Aku tak rekomen korang ambil Sijil.

Adik adik yang kusayang , SPM is just a ticket.Kalau haritu lepas dapat result korang kene maki dan diperendah rendahkan oleh keluarga sendiri ,just ignore all the fuuu. There is nothing you can do except DO WHAT EVER YOU LIKE. Apa yang aku nak cakap adalah minat dan keinginan untuk berjaya. So, haruslah bangkit semula and aim tentang apa yang korang minat.

Minat?

Jangan fikir minat tak boleh di pupuk. Yes, surely minat boleh di pupuk. Tapi ianya umpama your last choice.

Nak pilih bidang atau kursus yang korang nak ceburi ni memang kena berfikir panjang gila ah. Nak makan,minum,kencing,berak pun mesti korang tengah fikir macam nak lebam nak pilih course yang sesuai.Nak pilih course nak sambung belajar ni macam korang tengah drive kereta laju gila kat jalan yang boleh drift kiri kanan tuh (bengkang bengkok). Once korang dah tekan minyak sampai habis metre, memang ambek mase la nak slow down and patah balek. Kenape ?First,nak slow kan kereta yang tengah drift laju memang susah la. Second,nak patah balek lalu balek jalan bengkang bengkok tuh memang real hard man.It takes a lot of time.

Maksudnya, kalau korang rasa korang tak sesuai dengan sesuatu bidang tu, korang patut quit. Berhenti. Lupakan awek korang di kolej, lupakan skandal korang di University dan berhenti je. Ade jodoh tak ke mana kan ?

Let say korang ambil diploma. Tapi korang boleh survive sampai tahun ke dua je. Then, korang nak berhenti nak ambil course lain. Proceed dengan bende tuh sebab korang boleh transfer credit bagai bile korang apply new course dan ia akan save some of your study period.

Tak taw minat kos ape ?

Korang dah hidup for almost 18 years kan budak budak lepasan SPM. Surely korang taw kalau every exam subject ape yang korang selalu score and subject ape yang korang selalu flank. Well let say mase zaman sekolah korang selalu score subject language macam BM,Eng why not korang apply jadi cikgu ke or sastera maybe.Kalau selalu score subject kene hafal non-stop macam Sejarah,Biology apply la law,medic,pharmacist and bla bla.Kalau korang gila heart subject kira kira macam Math,Add Math,Physics or Chem apply la engineering dan kos kos yang bermain dengan numbers.
From these,korang sendiri akan taw minat korang tu and what career suits korang.

Aku dapat pointer 4 flat. Tapi kenapa aku susah nak dapat kerja?

Okay as a matter of fact bukan kau je yang dapat 4 flat. Bukak minda dan hati tengok orang sekeliling. Semakin hari semakin ramai budak budak bijak pandai bersepah sepah di merate tempat. Persaingan sangat sengit sekarang makanya anda tidak boleh terlalu demand dalam meminta kerja. Tapi kalau anda rasa anda sangat hebat apply la company yang giant giant seperti Petronas,Sime Darby dan bla bla sebab tak ramai fresh graduate yang berani apply kat situ.

Kalau aku dapat peluang belajar kat luar negara, kau rasa aku patut pergi tak?

So damn sure pergila ambek peluang ni. Peluang keemasan tak datang berulang ulang taw. Persetankan ape orang nak cakap kat korang.

Kalau aku nak belajar kos lain,mak bapak aku suruh aku ambek kos lain?
Ape kate kau slow talk dulu dengan mak bapak kau cakap yang kau minat yang ini kau tak minat yang itu.Tapi kalau diorang nak jugak kau ikut cakap diorang,aku rase tak ade masalah kot.Kadang kadang bende yang kite rase benci dan tak suke nak buat tu la sebenarnye yang terbaik untuk kite.Erm,lagipun tak salah kan kalau kite happykan diorang balek dengan ikut decision diorang lepas kite dah mendukacitekan mereka dengan result hampeh mase SPM.Why dont give it a try?

Actually, tempat korang nak belajar seperti universiti atau kolej tak menyumbang banyak pun dalam kejayaan korang nanti.kejayaan korang tu adalah usaha tambah minat tambah rezeki korang murah makanya gempak kebaboom la result korang. Kalau tak,mendapat la.Yang penting GIVE OUT ALL YOUR BEST AND ALLAH WILL DO THE REST.

Aku tahu semua orang belajar nak dapat result gempak gempak dan dapat kerja yang boleh dapat duit yang masyuk masyuk. Tapi, korang kena ingat, korang ambil course Medic or engineering pun, then cemerlang macam mana pun belum tentu korang boleh hidup dengan banyak duit. Sebab rezeki ni semua Allah yang kasi. Even korang tak ada SPM pun boleh jadi kaya. Even korang ambil course seni lukisan pun korang boleh jadi kaya dari Chemist kalau korang bernasib baik. So, jangan pandang rendah dengan orang yang ambil course-course biasa macam IT dan seni kulinari. Diorang mungkin lagi hebat dari korang bila dah buka company sendiri.
 
Allah dah janji akan bagi kejayaan pada sesiapa yang berusaha.mungkin korang tak dapat kejayaan yang korang idam idamkan sekarang tapi suatu hari sampai masanye korang mungkin akan dapat kejayaan yang lebih besar.
Ye,aku pun penah jatuh terduduk tersungkur tergolek golek sampai aku rase tak mampu nak bangun dan aku tak tipu kegagalan itu sangat sakit.tapi gagal sekali tak bermaksud gagal selama-lamanye kan?

bangun+kuatkan azam+tabah+usaha+tawakal+doa=berjaya.

so,gud luck dalam hidup!

p/s:aku syorkan korang jangan ambek medic kalau teringin nak kawen awal.paling paling 28 baru boleh kawen.aku dok fikir aku salah ambek medic dah ni.tak merase la aku nak kawen awal.lain la kalau ade orang masuk minang dan nak tanggung hidup aku mase tengah belajar.kehkehkeh.oops,,tergatal sekejap.=]

2 comments: