Tuesday, July 10, 2012

Suara hati

Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlaku yang salah

Kalau benar lah si pari pari itu sentiasa memakbulkan hajat setiap insan, pasti aku pinta satu perkara. Satu permintaan yang aku kira memang tidak mungkin satu pun diantara kita yang mampu memakbulkannya.

Lelah bila difikirkan, sesal bila diingatkan. Kalau benarlah wujud time machine yang dapat pulangkan aku di masa lampau bak dalam Men In Black, aku kira aku manusia paling bahagia.

Satu hari nanti kau akan rasa apa yang aku rasa sekarang bilamana dalam waktu dulu kau bersenang lenang hingga lupa apa yang perlu kau beratkan.  Sekarang kau terima balasan lihat mereka bersuka ria penuh ucapan tahniah, walhal kau terperuk dengan perasaan sendiri melihat mereka berjaya.

Cemburu? Iri hati? Mungkin lebih dari itu segala perasaan itu. Baru sekarang kau tahu betapa jahanamnya perasaan bilamana kau tahu kau sia siakan peluang dahulu. Celaka!

Apa boleh buat hidup harus ke hadapan. Tak kan nak terperam di takuk lama seperti asam jawa. Pandang hadapan, cari jalan untuk kembali menyinar. Rezeki ada di mana mana. 

Mungkin masa untuk kau bergemerlapan di angkasa agak lambat dan lembap, tapi harus syukur kerana masih ada ruang untuk kau tebus kembali kecelakaan yang telah kau buat.

Sudah, cukup dan tamat rasa kecelakaan dalam diri itu. Tampar diri sendiri dari lena yang mencengkam. Yang celaka itu tidak selamanya celaka. Dan yang jahanam itu tidak selamanya akan jahanam. 


Wednesday, November 16, 2011

Surat exam 1

Kehadapan kekasihku STATISTIC ,

Kekanda, sudah seharian gua menghadap muka kekanda. Setiap helaian muka kekanda gua selak dan belai dengan penuh perasaan kasih sayang dan kemanjaan.

Kekanda yang gua sayangi ,

Gua dah penat bermanja dengan kekanda. Gua dah penat melayan karenah kekanda yang dari pagi tadi sehingga sekarang asyik suruh gua mengira ngira dengan rakus menggunakan calculator yang penuh dengan pelekat smiley sebagai pembakar semangat dari menghentak kepala kalau tak dapat jawapan.

Kekanda yang gua kasihi ,

Kenapa kekanda berbuat sedemikian rupa kepada gua? Meminarkan dan mencelarukan pemikiran suci gua dengan nombor-nombor yang kalau boleh nak penuh satu page sampai berpinar pinar mata gua tengok.

Kekanda yang gua cintai ,

Jadilah baik kepada gua esok setelah gua curahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada kekanda pada hari ini. Semoga kekanda akan menyenangkan pemikiran gua pada esok hari. Gua mengharap dan merayu yang terbaik dari kekanda.

I lebiu so much kekanda STATISTIC.

Dah, gua nak sambung bermadu kasih lagi dengan kekanda statistic. Doakan aku berbahagia bersama kekanda statistic. Heuheu.

Sunday, October 16, 2011

Promise

:')


Belajarlah mencintai orang yang  hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu.

Hari ini mungin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin besok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.
Jadi, jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu.

:)

Sunday, August 14, 2011

cari calon kat mak bapak

Member gua ada bagi tips tips untuk pilih laki kat luar sana nak buat jadi bakal menantu mak bapak gua

Jangan cari boyfriend yang main BOLA, sebab dia akan sepak sepak kite.

tapi player football yang hensem hensem macam ni takkan gua tak nak pandang pulak.


Jangan cari boyfriend yang main BADMINTON, sebab dia akan pukul pukul kite.

tapi lu tengok jela sendiri, player badminton dah la tuff pastu dah ade ala ala model dah, tak kan nak tutup mata gak.


Jangan cari boyfriend yang main VOLLEYBALL, sebab dia akan tampar tampar kite.

tapi gua rasa player volleyball tengah main pun maintain macho lagi, nak buat camne.


Jangan cari boyfriend yang main TAKRAW, sebab dia akan lambung lambung kite.

tapi setail gak org main takraw ni, boleh terbang terbang. lu boleh?


TAPI, carilah boyfriend yang main RUGBY, sebab dia akan peluk dan sentiasa lindungi kite.

macam ni ke?


kehkehkeh.*gedik nak mampus*

tapi gua musykil, habestu kalau boyfriend main chess ke, snooker ke, guli ke camne?

lagi kalau boyfriend yang asyik main pes 2011, champions online, warcraft 3, bla bla bla pulak camne?

gua rasa tak kisah la boyfriend lu munciit pun, suwiitt ape kalau munciit buleh tidur atas perut die, takpun tempat nak cubit pun best gak.

sape kate perut munciit tak sexy? hehe
ataupun cari la boyfriend yang tuff tuff macam ni


hari hari boleh lawan wrestling ataupun boleh buat jadi kick boxing punye tempat.

okay, sumpah aku geli tengok badan orang yang macam ni.

cukupla ade yang biasa biasa je.


Kehkehkeh.

Selamat memilih ye kawan kawan, jangan percaya dengan ape yang member gua cakap tu.

Thehehehehee ;)

Friday, August 12, 2011

Terbang tinggi tinggi

" Terbang tinggi tinggi
Sampai atap rumah
Kalau lu pandai mengaji
Mesti terbang pegi eropah "

makcik kiah depan rumah cakap anak dia dapat terbang pegi irelang..

makcik bedah kanan rumah cakap anak dia dapat terbang pegi canadah..

makcik joyah belah kanan rumah cakap anak dia dapat terbang pegi amarikah..

makcik jenab belah kiri rumah cakap anak dia dapat terbang pegi japang..

makcik ingat belajar kat malaysia tak coolioo larh?

diorang belajar kat luar negara, gua pun belajar gak kat malaysia ni

so whatt the fuu..

dinding dinding muka buku penuh gua tengok orang cakap tahniah

gua pun nak cakap tahniah kat sape-sape yang dapat pegi tu.

jangan lupa jalan jangan lupa daratan



gua emosi sebab gua jeles lettew.

demm.

pegi belajar elok-elok ye cik syazanadia.

thehehee ;)

p/s : gua main letak je pasal makcik2 tu, padahal makcik2 sebelah rumah gua, tak pernah tegur gua pun. Hanya halusinasi gua. Lol

Sunday, July 31, 2011

Esok puasa...


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Sahaja aku berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Esok dah puasa.
Gua kene niat puasa sebulan terus, kalau tak nanti kadang-kadang gua terlupa nak niat atau terlepas nak niat sebab tak bangun sahur --''
Gua sendiri tak tau nanti nak sahur ape, nak bukak puasa ape.
Gua rase hari-hari nak pegi bukak puasa dekat surau area rumah ni.
Save sikit duit --''
Lepas tarawikh boleh terus more.
Save lagi duit --''

Kepada korang, semoga selamat sahur, selamat pose, selamat tarawikh, selamat more, selamat semuanya laa.
Jangan puasa yangyok tau.

Ape yang gua harap sekarang, gua tengah ade kat rumah dengan mak bapak gua.
Nak balik rumah !!
Wuuaaaaaa ='((