Tuesday, July 10, 2012

Suara hati

Andai dapat ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlaku yang salah

Kalau benar lah si pari pari itu sentiasa memakbulkan hajat setiap insan, pasti aku pinta satu perkara. Satu permintaan yang aku kira memang tidak mungkin satu pun diantara kita yang mampu memakbulkannya.

Lelah bila difikirkan, sesal bila diingatkan. Kalau benarlah wujud time machine yang dapat pulangkan aku di masa lampau bak dalam Men In Black, aku kira aku manusia paling bahagia.

Satu hari nanti kau akan rasa apa yang aku rasa sekarang bilamana dalam waktu dulu kau bersenang lenang hingga lupa apa yang perlu kau beratkan.  Sekarang kau terima balasan lihat mereka bersuka ria penuh ucapan tahniah, walhal kau terperuk dengan perasaan sendiri melihat mereka berjaya.

Cemburu? Iri hati? Mungkin lebih dari itu segala perasaan itu. Baru sekarang kau tahu betapa jahanamnya perasaan bilamana kau tahu kau sia siakan peluang dahulu. Celaka!

Apa boleh buat hidup harus ke hadapan. Tak kan nak terperam di takuk lama seperti asam jawa. Pandang hadapan, cari jalan untuk kembali menyinar. Rezeki ada di mana mana. 

Mungkin masa untuk kau bergemerlapan di angkasa agak lambat dan lembap, tapi harus syukur kerana masih ada ruang untuk kau tebus kembali kecelakaan yang telah kau buat.

Sudah, cukup dan tamat rasa kecelakaan dalam diri itu. Tampar diri sendiri dari lena yang mencengkam. Yang celaka itu tidak selamanya celaka. Dan yang jahanam itu tidak selamanya akan jahanam. 


1 comment: