Thursday, March 31, 2011

you fool

lepas habes class mandarin ,, aku jadi tak betul dah . 

penat dengar lau sher aku membebel tak berhenti . 

pott sana ,, pott sini .

pott pett pott pett . 

-.-'

makanya bile sampai rumah aku terus nak entertainment la kan . 

nak golek golek sambil online facebook tercinta la kononnye .

aku dengan excited terlebih terus cucuk berokband tersayang terus google facebook .

tapi yang musykil bin ajaib nye ....

die keluar menatang ni pulak ..


ahh sudah ,, dalam hati aku cakap .

" berokband aku ni da lembap sangat ke sampai tak nak bagi aku bukak facebook "

dengan perasaan tak puas hati gila aku refresh lagi refresh lagi sampai lebam .

aku test la semua page yang aku boleh gune dari mozilla firefox ,, google chrome la ,, internet explorer laa dan bla bla bla tapi hasilnye .... 

demm .


kau dah kenape facebook ? 

kau dah betul betul hilangkan diri a.k.a delete diri kau ke ? 

aku try la jugak tanye member aku die boleh on facebook ke tak ..

kott la aku je yang bengong tak boleh bukak facebook .

tapi semua kate diorang pun tak boleh on facebook ..

ahh kau facebook ,, time time ni jugak la kau nak buat hal dengan page kau ..

menyesal aku tak online sampai lebam semalam .

dah la aku tak sempat nak update status baru . 

ceitt kau facebook .. 

macam mane aku nak berkasih kasihan sesame insan macam ni ?


macam mane aku nak bergedik gedikan dengan mr. masyam aku : iqram lepas ni ?

=D

eeeiiuuww . ( mata ke atas tangan di bahu )

geli bulu ketiak mak dengar nyah oii .

pedulik pulak aku kau nak cakap ape , aku gedik dengan masyam aku je bukan dengan kau .

apesal aku merepek kerepek ni syazanadia ?

yang penting macam mane aku nak stalk stalk orang dah lepas ni kalau kau takde facebook ?
 HAHA .

ehh kau mark zuckerberg iceberg ,, kenape aku tak boleh on facebook aku ni haa ?!

tetibe aku baru teringat ,, 

demm ..

1 APRIL 2011 .

kau sambut APRIL FOOL kew mr. mark zuckerberg iceberg ??

ciss ,, takde life la kitorang camni nanti .

ke kau nak suruh aku ber " tweet tweet " pulak ?

ber " form spring sprang " pulak ?

konklusinye ,, aku sendiri confius kenape aku tak boleh bukak facebook .

* sigh *

2.14 p.m :- " sya dah boleh on fb " 



oh so yess ,, rase macam ade life balek .

haha ,, kepoyoran jelas ternyate .

tahniah uncle mark zuckerberg iceberg sebab berjaye mem" fool "kan aku .



p/s :naseb baek ramai yg senasib dengan aku tadi . cuak korang kalau fb betol betol delete tadi . kahkahkah . xD




Monday, March 28, 2011

baloq


nape dengan gambar kat atas ni ?

ohh aku ade quiz agama hari ni .

dan dengan bangganye aku tak habes study lagi . 

buku agama aku suci murni lagi .
name aku kat depan tu je yang meriah berwarna warni . hehe .

tak habes study tapi sempat pulak aku update blog . huhuhu .

tetibe aku rase macam nak buat ala ala zaman sekolah aku dulu . 

aku kat sekolah dulu ade belajar pendidikan syariah islamiah (PSI) , pengajian al-quran dan as- sunnah (PQS) dengan bahasa arab tinggi (BAT) . 

tiga subject ni semua lebih kurang maam agama islam la tapi lagi detail kitorang belajar . 

dan disebabkan aku ni kadang kadang malas nak hafal banyak banyak bile ade quiz ke test ,, 

lalu aku gamble dengan pergi jawab tanpa tak bace buku . hahaha . 

bajet macam terror kan aku ni ? 

aku pikir dengan buat macam tu ,, aku boleh ukur keimanan aku .

" kalau aku dapat A maksudnye iman aku tebal la ,, tapi kalau da dapat B tu maksudnye iman aku tak cukup tebal la . "

huhuhu .

tapi aku buat ni kadang kadang je bile mood penyegan pahit aku sampai je okayy .

PSI dengan PQS aku alhamdulillah la memang selalu dapat A tapi jangan tanye aku la pasal BAT . 

aku sangat LOSER dalam bahasa arab . 

yang aku taw sobahal khair ,, sobah annur ,, kaifa haluk . itu jela .

okay la aku nak pegi habeskan sikit bace .

p/s: kanak kanak bawah 18 tahun jangan tiru perangai aku eh. =]


Sunday, March 27, 2011

confuse nak buat pilihan ?



 warning:-ENTRY PANJANG.SILA SEDIAKAN SEMANGKUK MAGGY MASA TENGAH BACE ENTRY NI.


Lately ni semua pakat dok tanya aku pasal tempat-tempat untuk sambung belajar esp budak lepas SPM. Dan agak tak terkejut gak aku sebenarnya bila most of them tak tahu beza dan maksud-maskud istilah antara Sijil, Asasi, Matrik, Diploma, Form 6 dan Tahmidi yang ada dalam UPU tu.

First and foremost, result SPM korang sangat penting sebab sehelai kertas picisan itulah yang korang kene tunjuk bile nak apply sambung diploma,degree dan blab la bla. Tapi satu je korang kena ingat, once korang dah sambung diploma ke ,matrix ke dan segala jadah yang korang boleh sambung, tak perlu lah korang nak compare-comparekan orang sekeliling korang based on result SPM dia.

Macam aku cakap kat entry aku yang bile tah,result SPM yang korang dapat tuh dah tak melambangkan bodoh pandai korang.Aku ade je member yang result SPM die biase biase je,tup tup masuk university result die paling tinggi and dapat dean list.Nampak tak rezeki member aku ni? Yes, sebab once korang dah sambung study, it is a whole new chapter in your life and a fresh start for you.

Aku rase la dalam banyak banyak bende yang boleh apply nak sambung belajar,yang paling famous amos is Matrikulasi dengan UiTM.Semua pakat berebut-rebut nak masuk dalam dua menatang ni.Padahal takde la best mane pun.Kehkehkeh.

So, macam mana korang nak bezakan antara mereka semua?

Nah,,aku bagi some info yang boleh tolong neuron kepala otak korang buat decision.


Terima kasih Mr.Khairul untuk serba sedikit info dan ade yang aku tambah tambah based on experience aku dan orang kiri kanan depan belakang atas bawah aku.



Matrix
  1. Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
  2. Nak masuk susah (Contra)
  3. Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
  4. Subject yang compact dan pembelajaran yang laju dan high stress adalah makanan ruji di matrik. (Contra)
  5. Kurang praktikal (Contra)
  6. Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
  7. Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra) 
  8. Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)
  9. Tapi aku rase kalau korang nak buat kos account dekat matrix agak okay sebab subjek die senang nak score.
  10. Lagi satu,kalau tak bersedia jangan main gamble masuk matrik okay nanti menyesal tak sudah.

Asasi / Foundation
  1. Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
  2. Nak masuk susah (Contra)
  3. Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
  4. Kurang praktikal (Contra)
  5. Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
  6. Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
  7. Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Diploma 
  1. Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
  2. Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
  3. Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
  4. Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
  5. Pembelajaran lebih relax. (Pro)
  6. Mungkin melekakan. (Contra)
  7. Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.
  8. Just korang akan agak rugi mase la kat diploma tapi better play safe dari hard kan ?


Tahmidi (USIM)
  1. Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya  sama macam matrikulasi dan asasi.
  2. Untuk lepasan sekolah agama or integrasi.
  3. Perlu power bahasa arab.
  4. Nak amek medic under tahmidi wajib dapat CGPA 4.00,kalau dapat CGPA 3.90 korang hanya akan dioffer untuk dentistry.

Form 6 
  1. Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
  2. Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
  3. Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak.  (Super Pro)
  4. Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
  5. STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
  6. STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
  7. STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).
  8. STPM sastera stream,art stream agak lighter subject nye dari science stream.
  9. Tak semudah yang dibayang, tak sesusah yang dikata orang.

Sijil
  1. Pra- U (Contra)
  2. Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
  3. Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
  4. Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.
  5. Aku tak rekomen korang ambil Sijil.

Adik adik yang kusayang , SPM is just a ticket.Kalau haritu lepas dapat result korang kene maki dan diperendah rendahkan oleh keluarga sendiri ,just ignore all the fuuu. There is nothing you can do except DO WHAT EVER YOU LIKE. Apa yang aku nak cakap adalah minat dan keinginan untuk berjaya. So, haruslah bangkit semula and aim tentang apa yang korang minat.

Minat?

Jangan fikir minat tak boleh di pupuk. Yes, surely minat boleh di pupuk. Tapi ianya umpama your last choice.

Nak pilih bidang atau kursus yang korang nak ceburi ni memang kena berfikir panjang gila ah. Nak makan,minum,kencing,berak pun mesti korang tengah fikir macam nak lebam nak pilih course yang sesuai.Nak pilih course nak sambung belajar ni macam korang tengah drive kereta laju gila kat jalan yang boleh drift kiri kanan tuh (bengkang bengkok). Once korang dah tekan minyak sampai habis metre, memang ambek mase la nak slow down and patah balek. Kenape ?First,nak slow kan kereta yang tengah drift laju memang susah la. Second,nak patah balek lalu balek jalan bengkang bengkok tuh memang real hard man.It takes a lot of time.

Maksudnya, kalau korang rasa korang tak sesuai dengan sesuatu bidang tu, korang patut quit. Berhenti. Lupakan awek korang di kolej, lupakan skandal korang di University dan berhenti je. Ade jodoh tak ke mana kan ?

Let say korang ambil diploma. Tapi korang boleh survive sampai tahun ke dua je. Then, korang nak berhenti nak ambil course lain. Proceed dengan bende tuh sebab korang boleh transfer credit bagai bile korang apply new course dan ia akan save some of your study period.

Tak taw minat kos ape ?

Korang dah hidup for almost 18 years kan budak budak lepasan SPM. Surely korang taw kalau every exam subject ape yang korang selalu score and subject ape yang korang selalu flank. Well let say mase zaman sekolah korang selalu score subject language macam BM,Eng why not korang apply jadi cikgu ke or sastera maybe.Kalau selalu score subject kene hafal non-stop macam Sejarah,Biology apply la law,medic,pharmacist and bla bla.Kalau korang gila heart subject kira kira macam Math,Add Math,Physics or Chem apply la engineering dan kos kos yang bermain dengan numbers.
From these,korang sendiri akan taw minat korang tu and what career suits korang.

Aku dapat pointer 4 flat. Tapi kenapa aku susah nak dapat kerja?

Okay as a matter of fact bukan kau je yang dapat 4 flat. Bukak minda dan hati tengok orang sekeliling. Semakin hari semakin ramai budak budak bijak pandai bersepah sepah di merate tempat. Persaingan sangat sengit sekarang makanya anda tidak boleh terlalu demand dalam meminta kerja. Tapi kalau anda rasa anda sangat hebat apply la company yang giant giant seperti Petronas,Sime Darby dan bla bla sebab tak ramai fresh graduate yang berani apply kat situ.

Kalau aku dapat peluang belajar kat luar negara, kau rasa aku patut pergi tak?

So damn sure pergila ambek peluang ni. Peluang keemasan tak datang berulang ulang taw. Persetankan ape orang nak cakap kat korang.

Kalau aku nak belajar kos lain,mak bapak aku suruh aku ambek kos lain?
Ape kate kau slow talk dulu dengan mak bapak kau cakap yang kau minat yang ini kau tak minat yang itu.Tapi kalau diorang nak jugak kau ikut cakap diorang,aku rase tak ade masalah kot.Kadang kadang bende yang kite rase benci dan tak suke nak buat tu la sebenarnye yang terbaik untuk kite.Erm,lagipun tak salah kan kalau kite happykan diorang balek dengan ikut decision diorang lepas kite dah mendukacitekan mereka dengan result hampeh mase SPM.Why dont give it a try?

Actually, tempat korang nak belajar seperti universiti atau kolej tak menyumbang banyak pun dalam kejayaan korang nanti.kejayaan korang tu adalah usaha tambah minat tambah rezeki korang murah makanya gempak kebaboom la result korang. Kalau tak,mendapat la.Yang penting GIVE OUT ALL YOUR BEST AND ALLAH WILL DO THE REST.

Aku tahu semua orang belajar nak dapat result gempak gempak dan dapat kerja yang boleh dapat duit yang masyuk masyuk. Tapi, korang kena ingat, korang ambil course Medic or engineering pun, then cemerlang macam mana pun belum tentu korang boleh hidup dengan banyak duit. Sebab rezeki ni semua Allah yang kasi. Even korang tak ada SPM pun boleh jadi kaya. Even korang ambil course seni lukisan pun korang boleh jadi kaya dari Chemist kalau korang bernasib baik. So, jangan pandang rendah dengan orang yang ambil course-course biasa macam IT dan seni kulinari. Diorang mungkin lagi hebat dari korang bila dah buka company sendiri.
 
Allah dah janji akan bagi kejayaan pada sesiapa yang berusaha.mungkin korang tak dapat kejayaan yang korang idam idamkan sekarang tapi suatu hari sampai masanye korang mungkin akan dapat kejayaan yang lebih besar.
Ye,aku pun penah jatuh terduduk tersungkur tergolek golek sampai aku rase tak mampu nak bangun dan aku tak tipu kegagalan itu sangat sakit.tapi gagal sekali tak bermaksud gagal selama-lamanye kan?

bangun+kuatkan azam+tabah+usaha+tawakal+doa=berjaya.

so,gud luck dalam hidup!

p/s:aku syorkan korang jangan ambek medic kalau teringin nak kawen awal.paling paling 28 baru boleh kawen.aku dok fikir aku salah ambek medic dah ni.tak merase la aku nak kawen awal.lain la kalau ade orang masuk minang dan nak tanggung hidup aku mase tengah belajar.kehkehkeh.oops,,tergatal sekejap.=]

Friday, March 25, 2011

kerana kau sebatang pensel

Jangan terlalu berharap, Jangan terlalu menunggu, Jangan terlalu sayang.
Kerana ada nya "terlalu", ia buat kita kecewa.

okayy ,, 

aku taw bile korang bace ayat atas ni mesti neuron neuron kat dalam kepala otak korang tengah stimulate satu persoalan :-

minah ni tengah frust tertonggeng tonggeng kew ?

betol tak ape yang aku cakap ?

ohh ,, so damn yes kalau bace sekelip mata mesti korang kaitkan ayat ni dengan cintan cintun .

dan so damn true ayat ni sangat sesuai la kepada anda anda yang tengah ada taman dalam hati .

ohh ,, dah kalau nama nye tengah bercintan ,, mesti la semua orang nak the love story becomes so purely perfect kan kan ?

tapi kalau ade gaduh kadang kadang tu biasa la bro .

gaduh gaduh manja binti gedik .

aww ,, aww ,, aww .

betol tak busuk masam iqram ?

wink wink .

da la ,, merepek pulak aku ni .

sebenarnye ayat kat atas tu aku nak kaitkan dengan mak aku.

aku tetibe teringat zaman sekolah dulu dulu bile mak aku datang melawat mesti bawak makanan yang dimasak oleh tangannye dan makanan itu sudah tentu diletak penuh kasih sayang dalam tupperware mak aku yang cantik berbunga bunga .

tapi ,, dah name pun duduk asrama kan ,, 

kejap kejap orang mintak pinjam tupperware nak makan maggy la ,, mushroom soup la ,, mi pama la ,, bla bla bla .

tak kan la aku tak nak bagi pinjam ,, kang kate aku kedekot taik hidung masam pulak .

tapi problem nye ,, bile aku mintak tupperware aku balek diorang kate , '' err ,, sory la kite lupe la kite letak tupperware tuh kat mane . ''

ohh ,, demm .

makanya ,, bile aku balek rumah ,, mak aku akan tanye mane tupperware die yang cantik cantik itu.

bile aku cakap hilang ,, lalu bermulalah sesi ucapan dan syarahan dari mak aku hanya kerana tupperware.

sampai ke besar la mak aku dok ungkit pasal aku suke bagi hilang tupperware die.

sampai sekarang kalau die nak bawak makanan kat aku die letak je makanan tu dalam tupperware color putih yang pakai buang tuh.

versatile kan mak aku . -__- ''

kadang kadang sampai aku cakap kat mak aku ,, ibu ni sayang tupperware lagi dari sayang anak sendiri .

nampak tak kesinambungan ayat kat ats dengan mak aku ?
maksudnye mak aku terlalu sayangkan koleksi tupperware die sampai aku hilangkan die rase kecewa.

padahal kat rumah tu berlambak lagi collection tupperware die .

kehkehkeh .

okayy ,, sebenarnye aku tulis entry ni ,, aku nak cakap yang aku tak taw mane pencil pilot aku hilang .

tadi ade je . 

aku tak taw la die pergi merangkak rangkak kat mane . 

aku nak buat keje pun susah .

aku dah terlalu mengharap , terlalu menuggu , dan terlalu sayang kat pencil pilot aku tuh .

even harge die x lebih 10 henggit .

aku dah nak kecewa ni tak jumpe jumpe pencil aku ni .
lagu ini ditujukan kepada mr .pencil pilot aku :-

I'm lying alone with my head on the headphone
Thinking of you till it hurts

I 'm all out of love, I'm so lost without you
I know you were right believing for so long
I 'm all out of love, what am I without you
I can't be too late to say that I was so wrong 

sory la mr . pencil ,, aku campak kau merate tadi , tapi aku nak buat keje ni. 

bagila aku jumpe kau balek . 

what am i without u mr. pencil ? 

i luv u la . xD


home is sweet .

this entry is written with a full sad emotion .

H.O.M.E.S.I.C.K

okayy ,, orang kiri kanan depan belakang semua pakat pakat balek rumah ,, 

aku duduk bilik sorang sorang macam orang bodoh golek sana golek sini tak taw nak buat ape .

dari tadi bukak fb , bosan , tutup fb , tengok movie , bosan , dengar lagu pulak , bosan , bukak fb balek , bosan , tutup balek .

demm .

balek balek clas sampai rumah terus tido ,,

bangon bangon tido terus call ibu .

" ibu ,, nak balek rumah sekarang . " 

sambil tahan suara nak nanges .

" ade cuti ke ? " 

" cuti wekend la ,, isnin balek la campus balek . " 

air mata sudah lari lari kambing kat pipi .

" laa ,, tak payah la balek . cuti sekejap je .. nanti penat badan je balek . "

okayy ,, aer mata terus lari lari ala ala pecut marathon kat pipi .

ya ya ya ,, 

mesti korang kate aku mengade gila dah besar pun homesick lagi ..

ohh ,, pedulik pulak aku .. 

ya ya ya ,,

i am a big girl but i am still homesick .. 

it's just a feeling i get when i feel all alone and i got stressed up with my works in college .. 

talking to mom is a way to comfort the feelings ..

because whenever i need mom , she's there to pick up my call .

is it too childish to cry because u're homesick ?




p/s : still crying .  =[


Wednesday, March 23, 2011

result

berdebar hatiku menunggukan resultku .. 

woot ! woot !

weyy budak budak lepasan spm sekaliannya ,, amacam result korang ?? 

hahaha .. mesti korang dah lega kan kan dapat result ..

mesti ade yang lompat lompat riang ria di hari raye sebab result gempak kan kan kan ??

dan mungkin ade gak yang diam terus sejuta bahasa ..

wahai sekaliannya kanak kanak after spm ,, meh aku nak membebel bebel serba sedikit .. 

hehe ,, maklumlah dulu after spm aku takde blog lagi nak merapu meraban .. 

well , not up-to-date la katekan .. hehehe ..

okayy ,, first ,, korang yang tgh melompat sampai boleh gapai awan tuh ,, sile ingat balek rumah buat sujud syukur dulu even kalau korang xpenah buat pown ..

pastu cakap terima kasih kat cikgu cikgu dengan family korang especially ibu abah korang okayy ..

sebab korang berjaya atas doa doa mereka sekalian jugak .. 

yang x berape best result ,, balek sujud syukur jugak ,, at least korang dah berjaya habeskan spm korang .. 

jangan give up !! 

kalau korang sedih ke ,, pegila nanges puas puas tapi kuatkan balek diri korang .. 

ingat ,, gagal sekali tak bermaksud korang terus tersungkur sampai bile bile .. 

pegila apply upu ,, matrix sumer ..

google sekali private universities yang ade kat malaysia ni . 

jangan ingat korang dapat result gempak confirm confirm dapat local universities .. 

taraf local universities and private universities dah on the same level dah ..

xde beza pon kite belaja kat mane ,, yang penting kite usahe dan usahe untuk berjaya dan capai cita-cita kite ..

satu nasihat lagi ,, korang korang yang dapat matrix nanti ,, 

fikir elok elok ,, 

buatla solat istikharah bagai .. 

aku bukan nak menakut nakutkan tapi aku rase matrix is the hardest part of study ..

memang matrix ni jalan cepat kite nak habes belaja ,,

tapi ingat matrix ni jugak jalan belajar die sangat padat , ketat dan mampat .. 
tension itu adelah makanan ruji di matirx ..

korang yang rase diri korang tu suke huuu haaa sane sini ,, err ,, matrix bukan tempat korang kot ..

tersilap langkah dalam matrix ,, boleh makan diri kite balek .. huhu .

ape ape pun yang korang pilih ,, tetapkan terus niat korang sampai korang dapat capai cita - cita korang .

dan ingat ,, result spm korang itu sudah tidak melambangkan ape-ape mase dekat university nanti ..

university life is totally different .

lastly ,, congratulations to all of you !


aku pown ade cita cita aku yang tersendiri ,, so jangan give up nursyazanadia !

:-)

Monday, March 21, 2011

nak tengok yang itu , nak tengok yang ini ..

"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama" 
 okayy , cerite ni sangat best best best .. err , berbaloi baloi la korang kene beratur panjang panjang nak beli ticket die . thumbs up !
err ,, sape yang tak tengok lagi pegila tengok .
bile korang dah tengok , boleh la korang bangga dengan member2 korang yang korang ni ambek taw gak pasal sejarah negara .
padahal korang xpenah taw pasal sejarah merong mahawangsa ni . maklumlah , time cikgu ajar sejarah korang tido .
bedtime story la katekan . 
hehe .  
:D
 err ,, lagi lagi bile hero die sangat hensem , cool , tuff dan bla bla bla . makanya , cerite ni jadi double thumbs up ! 
tergode i dgn stephen rahman hudges ni . aww ..  
:P

" jaga jaga panah garuda ,,
kalau diluka disini ada ubatnya ,,
raja kami lah jaga kami ,,
raja kami kelak pasti akan kembali .... "

:)

hurmm ,,  lepas tengok cite ni , aku dah buat list movie yang aku nak tengok nanti .. hehe ..

KONGSI : 12 MAY
 
 aku tengok trailer die macam stylo je . hehe .

PIRATES OF THE CARRIBEAN :- ON STRANGER TIDES : 18 MAY

 okayy ,, nak tengok movie ni sebab ade johny depp yang sangat hensem , stylo , comel , lawak dan bla bla bla . hehe .

NUR KASIH : 19 MAY

 ni fara yang suggest aku tengok . die dok bising kate nur kasih best best . padahal aku xpenah tengok pon drama die . huhu . t kite pegi tengok ye . hehe .

KARAK : 26 MAY

 err ,, teringin nak tengok tapi macam scary gile citer ni . tapi mcm best .. err ,, nak tengok la nanti even takut dengan ghost story . boleh jerit jerit bagai nanti . hehe .


haa ,, banyak kan list movie yang aku nak tengok ..

macam ni aku kene menabung 50 sen sehari la .

 sampai bulan May aku dah cukup duet nak tengok semua movie ni . hehehe . 

ni baru sikit je x termasuk dgn movie movie sampingan yang aku nak tengok . 

haha .

okayy ,, nampak macam tak sedar diri final exam nak dekat .

huhu .

err ,, tapi kalau nak release tension boleh la kan kan kan ?

kalau menghadap buku je 24 jam 7 hari ,, aku boleh muntah segala pharmacology , microbiology , anatomy , biochemistry nanti . 

=.= ''
 


 

Thursday, March 17, 2011

geramnye ..

tetibe tangan rase gatal nak menulis kat blog .. agak lame la aku biar blog ni duduk sorang sorang .. mesti kau rindu aku kan blog kan kan kan ? 

bukan aku saje nak tinggal kau lame lame blog tapi aku teramatla sangat sibuk binti busy  dengan mid exam la , test la , assignment la , presentation la , dan bla bla bla .

okayy , enuff ..
sebenarnye aku nak tulis ape yang jadi pagi tadi kat campus .. 

lepas habes je class human biochemistry , aku dengan yang lain lain pon menapak la pergi office nak ambek agreement MARA tercinta ..

on the way pergi office tuh , aku nampak la ade pakcik ni baru turun kereta pegang tangan anak die .. omg comel gila anak die .. muke sebijik la macam orang jepun .. dengan mata sepet ,, muke putih melepak .. seriouss comel .. 



aku terus tarik tangan iqah jalan belakang budak tuh sambil mulut aku sebut sebut " comel gila budak ni , gila pon tak comel macam budak ni " .. hehe .. 

kebetulan pakcik tu pon nak pergi office .. dekat dalam office pakcik tu suruh anak die yang comel gila tu duduk kat kerusi .. 

aku pon ape lagi ,, terus la pegi cubit cubit pipi budak tu .. weyy ,, sangat best okayy .. pipi die sangat pejal dan mampat .. hehe .. aku nak je kiss pipi budak tuh tapi macam takut la kang bapak die sound aku free je ..

tapi tetibe iqah duduk sebelah budak tu terus kiss die .. aku pon apelagi ,, aku join sekali la kiss budak tuh .. budak tuh sengih je .. x nanges pon .. dengan botol susu kat tangan die .. 

weyy ,, sumpah comel .. aku geletek geletek perut die gelak je ..

hee .. geramnye aku dengan kecomelan die .. 

bapak budak tuh tengok je dari jaoh .. mesti dalam hati die cakap abesla anak aku dikerjakan kitorang .. fara dengan cool nye pulak pegi tanye bapak die name budak tu .. 

okayy ,, name die WAN ALIF NAJMI .. umur 2 tahun 2 bulan . hehe ..


last last ,, bapak die pon ajakla budak comel ni balek .. tapi die xnak gerak .. 

haha ..

ni mesti kes suke sangat dapat hug dengan kiss dengan kitorang kan kan kan ? 
tapi sayang ,, lupe la nak ambek gambar budak tadi tu .. dok syokk sangat kiss budak tuh .. hehe ..




 
okayy ,, tetibe rase macam ,, weyy ,, bile nak dapat anak sendiri nih ??

mesti best gile kan kalau dapat anak kembar .. 

kembar sorang laki , sorang perempuan ..

mesti suweett gila ..

mesti korang kate aku gatal nak kawen kan kan kan ? haha .. 

pedulik la ..

dah tetibe mood gatal aku nak datang ,, nak buat camne .. hehehe ..



When a husband and wife look at each other with love, Allah looks at them both with mercy . (Bukhari) 
=D
kesimpulannye ,, kawen la awal awal .. haha .
okayy ,, tergatal lagi .. XD